Bangkit!!!


INILAH SIRRAH MELAKA

KETURUNAN RAJA SURAN NEGARA AMDAN, DARAH RAJA MENURUNKAN ZURIAT KESULTANAN TRIBUWANA PALEMBANG, BENTAN, TEMASEK SERTA MELAKA KERAJAAN AKHIR ZAMAN.
oleh Zakkir Muzzakir (2011)

ISKANDAR ZULKARNAIN salahsilah ke RAJA SURAN; salahsilah dan kisah sebuah Tribuana –
Palembang, Bentan, Temasek dan akhirnya Melaka.
RAJA SURAN adalah Raja negara Amdan di benua India, ayahandanya adalah Raja Tersi Berderas
dan bondanya adalah puteri kepada Raja Sulan, pemerintah Amdan. Mengikut lagendanya, Raja
Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain yang menurunkan zuriat di dalam kerajaan Mandakini [
sekarang di utara India, bersempadanan pergunungan Himalaya].

PERKAHWINAN RAJA SURAN [ lagendanya; menurunkan keturunan]
• Permaisuri pertama berasal dari kerajaan Gangga Nagara di Bruas, Dinding, Perak bernama
Tuan Puteri Zaris Gangga Nagara.
• Permaisuri kedua adalah Tuan Puteri Onang -Kiu.
• Permaisuri yang ketiga adalah Tuan Puteri Mahtab ul Bahri.

Keturunan RAJA DI PALEMBANG < BENTAN >TEMASEK sebelum tahun 1400 … bukan mitos atau lagenda.

Minangkabau [ Pagarruyung]; hasil perkahwinan dengan Tuan Putri Zaris Gangga Nagara di Dinding, Bruas [ sekarang Perak D.R], Raja Suran memperolehi
• putera bernama Sri Bijitram Shah , Raja Chandukani yang menurunkan pewarisan salah silah ketrunan Raja Raja Minangkabau Pagarruyung.
• Sri Paludatani, putera kedua dengan Tuan Puteri Zaris Gangga Nagara, menjadi pengganti Raja Suran sebagai pemerintah negara Amdan.
• Sri Nila Thanam, putera ketiga dengan Tuan Puteri Zaris Gangga Nagara menurunkan ketrunan pemerintah Kalingga di benua India.

Putera ke empat Raja Suran dari Permaisuri Mahtab ul Bahri, bergelaran RAJA AFTAB UL ARD SRI NILA PAHLAWAN SRI MAHARAJA ‘SANG SAPURBA’ NILA PAHLAWAN SANG SRI PRABHU DHARMASENA TRIBUWANA PADUKA SRI TRIMURTI TRIBUWANA, baginda meninggalkan benua India dan mendarat di PALEMBANG dengan dua saudara lelakinya.
Baginda bertemu dengan Demang Lebar Daun [ seorang penguasa ketrunan rahsia alam ribuan tahun] di Palembang, perjanjian dilakukan dengan Demang Lebar Daun [salahsilah ketrunan Melayu Asli -Jakun-Sakai dll. di Palembang], bagi Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tribuwana
selaku putera Raja Suran menjadi Raja Tribuwana di Alam Melayu.

RAJA AFTAB UL ARD SRI NILA PAHLAWAN SRI MAHARAJA ‘SANG SAPURBA’ NILA PAHLAWAN SANG SRI PRABHU DHARMA SENA TRIBUWANA PADUKA SRI TRIMURTI TRIBUWANA atau Sang Sapurba ini, kemudian berlayar ke BENTAN dan bertemu RATU PERMAISURI yang menjadikan Sang
Sapurba ini, sebagai anak angkatnya.

Sang Sapurba atau Paduka Sri Trimurti Tribuwana ini, berkahwin dengan 39 orang wanita, namun kesemua wanita tersebut mengalami ketulahan [ sakit kulit].

PERKAHWINAN isteri ke 40 [ wow !!], Sang Sapurba akhirnya bertemu jodoh dengan TUAN PUTERI
WAN SENDARI, puteri kepada Demang Lebar Daun, iaitu bekas pemerintah Sri Andalas, Palembang, bondanya adalah Tun Telanai dari Bentan.

Perkahwinan ini mendapat putera dan puteri, yakni:
• SRI MAHARAJA SANG MANIAKA berkahwin puteri Tanjung Pura
• SRI MAHARAJA SANG UTAMA BATARA SRI TRIBUWANA , pengganti Sang Sapurba
• PUTERI CHANDRA DEWI menikahi Putra Asmara Ningrat, cucunda Batara Majapahit di Jawa, menurunkan Radin Inu Merta Wangsa, Raja Majapahit dan ketrunan raja-raja Majapahit PUTERI SRI DEWI.

Raja Majapahit dengan Raja Melaka saudara mara rupanya, keturunan RAJA AFTAB UL ARD SRI NILA PAHLAWAN SRI MAHARAJA ‘SANG SAPURBA’ NILA PAHLAWAN SANG SRI PRABHU DHARMASENA TRIBUWANA PADUKA SRI TRIMURTI TRIBUWANA

TAHUN 1324 – 1372 Masihi,
putera Sang Sapurba menggantikan ayahandanya, putera ini adalah SRI MAHARAJA SANG UTAMA PARAMESWARA BATARA SRI TRIBUWANA atau lebih dikenali sebagai ; Parameswara.
Baginda memindahkan pusat pemerintahan dari Bentan ke Temasek, dalam anggaran tahun 1324.
Parameswara berjaya mengalahkan pemerintah Temasek dan menamakan pulau itu sebagai SINGAPURA.
Memerintah Singapura selama 48 tahun [ anggaran], di sahkan sebagai pemerintah Singapura oleh Maharaja China Dinasti MING.
Mengahwini Radin Ratna Chandra Puri, puteri Ratu Sakadar Shah Wan Sri Bini Benian, Raja Perempuan Bentan dan Raja Ishar Shah, yakni cucunda Ratu Permaisuri Iskandar Shah, permaisuri Raja Bentan.

Baginda mangkat pada tahun 1372, meninggalkan zuriat :
PADUKA SRI BIKRAMA WIRA DI RAJA, sebagai Raja Singapura -Temasek, menggantikan ayahandanya pada tahun 1372 Masihi.
RAJA KECHIL MUDA , mengahwini Radin Lasmi Puri, cucunda sepupu Demang Lebar Daun.

TAHUN 1372 – 1386 Masihi;
PADUKA SRI BIKRAMA WIRA DI RAJA atau bergelaran Raja Kechil Besar, putera sulung Parameswara. Menaiki tahta menggantikan ayahandanya di Singapura-Temasek.
Mengahwini TUAN PUTERI NILA PANJADI, ketrunan Raja Suran dan merupakan puteri kepada Raja Jambuga Rama Mudiliar, Raja Besar benua Kalingga, India.
Baginda mangkat pada tahun 1386 di Singapura-Temasek dan meninggalkan seorang putera bernama :
PADUKA SRI RATNA WIRA VIKRAMA DI RAJA atau Raja Muda

TAHUN 1386 – 1399 Masihi;
PADUKA SRI RATNA WIRA VIKRAMA DIRAJA PADUKA SERI RANA WIRA KERMA, sebagai pemerintah Temasek-Singapura.
Mengahwini puteri Tun Perpatih Permuka Berjajar dan mangkat pada tahun 1399, meninggalkan zuriat bernama :
++ DHARMARAJA atau lebih mashur sebagai PADUKA SRI MAHARAJA PARAMESWARA , pengganti ayahandanya dan merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
++ PUTERI DIRAJA , kemudiannya mengahwini Bendahara Sri Maharaja Indra Purba, anak Tun Perpatih Tulus, melahirkan ;
++++++ BENDAHARA SRI AMAR DI RAJA yang mengahwini TUN RATNA WATI, anak perempuan MANI PURINDAM,
++++++ SRI SAMARANG JAYA [ Hsi-li-sa-ma-lan-cha-ya], duta besar kerajaan MELAKA ke China pada 27 Julai 1412
++++++ JAYA DI RAJA [ Sai-ti-la-che], duta besar kerajaan Melaka ke China pada 20 September 1413

TAHUN 1399 -1413 MASIHI [ penubuhan MELAKA];
PADUKA SRI MAHARAJA PARAMESWARA menaiki tahta di Temasek -Singapura pada tahun 1399.
Pada tahun sekitar 1401, memindahkan pemerintahan ke MUAR dan kemudiannya ke MELAKA.
Melawat Maharaja China pada 14 Ogos 1411 di bandar diraja Nanking, China dan tinggal selama tiga bulan, sebelum berangkat pulang ke Melaka, bersama hampir 500 orang pengikut baginda.
Mengahwini , saudara Batara Tumapel dari kerajaan Majapahit [ Jawa], bergelar RAJA PERMAISURI dan DEWI PUTERI, anak perempuan Tun Perpatih Tulus I.
Baginda mangkat di katakan di Bertam, Melaka.
Baginda meninggalkan zuriat .

Zuriat baginda adalah :
• SRI WANGSA DI RAJA [ Sa-li-wang-la-cha], sebagai duta kerajaan Melaka ke China pada 3 September 1418.
• pengganti baginda yakni anakanda bernama; PADUKA SRI RATNA ADIVIKRAMA DI RAJA
SERI RAMA ADI KERMA PADUKA SRI SULTAN ISKANDAR SHAH [ anakanda Dewi Puteri].

Selepas 1413, orang-orang Bugis dan Aru, dibawa masuk dan berpindah, serta berkhidmat sebagai tentera kerajaan Melaka.

Hubungan baik dengan kerajaan Siam, Majapahit dan China dijalinkan, agar Melaka selamat dari serangan kuasa tersebut.
PADUKA SRI SULTAN ISKANDAR SHAH , selepas tahun 1413, mengahwini PUTERI BUGIS, ANAK PEREMPUAN LAKSAMANA PERANG CHINA, PUTERI AL MALIKUL ZAHIR ABU ZAID SULTAN SAMUDRA PASAI dan anak perempuan Sang Rajuna Tapa.

Modern history: from the fall of Rome, A.D. 476, to the present time

Di tulis oleh Samuel Griswold Goodrich
Diterbitkan oleh John P. Morton & co., 1848
600 halaman
ada sedikit maklumat tentang melayu kuno. dan buku ini agak menarik dibaca untuk pencarian maklumat pada abad silam.
juga buku-buku berikut:

Proof of ancient Malaysian civilization found

(CNN) — Researchers with a Malaysian university said they have uncovered evidence of an iron industry that dates to the 3rd Century, A.D., and proves that ancient civilizations in Southeast Asia were more advanced than once thought. The archaeologists from the Universiti Sains Malaysia found the remains of an iron smelting site, tools to pump oxygen into the iron smelting process, rooftops of buildings, beads and pots, said Mokhtar Saidan, a professor and leader of the team.

The discovery was made after a month of excavation at Lembah Bujang, a historical site in Malaysia. “This is the first discovery of the earliest iron industry in Lembah Bujang and has been dated conclusively. This date also adds on to the facts and data on the early history of Southeast Asia,” he said.

He said coal from the site was sent to a laboratory in Florida that said elements in the coal dated to the 3rd Century. The professor said the discovery confirms that human civilization in the area was more advanced than thought and the site probably was a place for exporting iron in the 3rd Century.

————————-

Bayangkan jika Tahun 3 Masihi sudah ada teknologi besi … Bagaimana jurnal gereja-gereja penjajah merancang perlunya memecahkan pemerintahan penjajah di kepulauan Nusantara … Bayangkan jika Nusantara tidak berpecah dan masih bersatu … Bukankah Nusantara akan menjadi satu Kuasa besar yang amat digeruni …

Peluru Petunang – Menyingkap Ilmu Bersenjata orang melayu Kuno

ZAMAN KESULTANAN MELAKA DAN SETERUSNYA

Tatkala memperkatakan perkara mengenai orang Melayu dengan penggunaan bedil atau senjata api, maka munasabah rasanya kalau ditinjau dan diambil tahu serba sedikit perihal yang ada kaitannya dengan peristiwa alatan perang orang Melayu dalam peristiwa-peristiwa dari segi sejarah.
Ada beberapa perkara yang boleh dikemukakan sebagai bukti, bahawa orang Melayu telah tahu menggunakan senjata api bukan hanya dari seabad dua sahaja; bahkan jauh lebih lama dari itu, kirakira lima abad dahulu; iaitu sejak dari zaman kesultanan Melayu Melaka. lni ternyata dari sumber-sumber tulisan para sejarawan Portugis yang meriwayatkan kisah tatkala Melaka jatuh ke tangan mereka.
Dalam catatan J.V. Mills, B.A. (Oxon), M.C.S, atas karya Godinho de Eredia, seorang sejarawan Portugis, yang telah diterjemahkan oleh beliau dari bahasa Portugis; beliau telah menyebut perihal bahasa Portugis; dan beliau telah juga menyebut perihal mengenai meriam-meriam yang ada di Melaka pada masa langgaran Portugis itu seperti berikut:
Meriam-meriam: “Menurut Barros, 3,000 pucuk ‘meriam besar’ telah dijumpai di dalam kota itu; 5,000 pucuk meriam lagi sudah pun dibawa lari. Albuquerque menyatakan, ada 2,000 pucuk meriam dibuat daripada tembaga, dan yang lainnya daripada besi. “Kesemua meriam itu serta alatannya dibuat dengan begitu baik, tidak dapat ditandingi, walaupun di Portugal.”
Crawford berkata, bahawa “Tentulah orang-orang lslam di Asia Barat, mungkin sekali orang-orang Arab” yang telah memperkenalkan ilmu bedil itu kepada orang-orang Melayu, kira-kira pada pertengahan abad yang kelima belas.”2
Satu sumber lagi, yang dipetik dari buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza, menyebut demikian:

“… Askar-askar telah dibenarkan menjarah kota itu tiga hari lamanya. 3,000 pucuk meriam besar telah dijumpai, dari sejumlah 8,000 pucuk meriam yang diharapkan oleh Sultan Mahmud untuk mempertahankan kota raya baginda itu. Bakinya telah dibawa lari ke Bintang (tempat ini mungkin sekali dimaksudkan Bertam, kim-kira 8 batu mudik ke hulu sungai itu; disitulah dikatakan putera sultan itu membuat perkubuan. 3)

Dari keterangan sumber-sumber Portugis seperti yang tersebut di atas itu, mungkin juga ada terlintas dalam fikiran seseorang . s “Kalau benarlah kesultanan Melayu Melaka pada masa portugis melanggar itu sudah ada mempunyai 8,000 pucuk meriam, tidak termasuk berbagai jenis senjata-senjata lain, mengapa pula Melaka boleh alah dengan sebegitu mudah, dan dalam masa yang sebegitu singkat (langgaran tentera Portugis mulai pada 24 Julai 1511; dan Melaka jatuh pada 15 Ogos 1511) – hanya kira-kira tiga minggu sahaja?”

Dipetik dari buku Peluru Petunang kajian Abdul Samad Ahmad terbitan DBP, sekarang dijual dengan diskaun. Harganya RM1 boleh didapati di Kedai BUku DBP, Menara DBP. Dapatkan buku ini sebagai salah satu khazanah keluarga.

Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu / Malay Annals

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.

Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar pada tahun 1528.

Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh.

Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa. Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang terdapat di India, manakala pendapat kedua merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa yang terletak di Sulawesi. Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas alasan sekiranya Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India, pastinya Sejarah Melayu akan dibawa terus ke Eropah sebagai harta rampasan.

Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat Syah ibni’l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda.

Sejarah Melayu Sulalatul Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China, di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.

Hikayat Syah Mardan

After the usual description of the prince’s merits, there follows an account of the arrival in Dar al-Khatan of a wise brahman from the land of Dar al-Kiam (Arab. Qiyam), who knows the tongue of birds and who teaches Syah Mardan both this tongue and the art of transmigrating his soul into various bodies and objects.
Having completed his training with the brahman, Syah Mardan goes out to see his teacher off when he suddenly loses sight of him and realizes that he has become lost in a dense forest. After wandering in the woods for a while, Syah Mardan happens upon a palace in which he finds princess Rakna Kemala Dewi, a captive of a demon (raksasa) who has abducted her from her parents’ beautiful garden. The princess brings Syah Mardan some water and later becomes his wife. However, he refuses to slay the raksasa and soon abandons Rakna Kemala Dewi so that he can go on with his search for the teacher. Moreover, Syah Mardan resolutely refuses to take his wife with him, thereby incurring her anger and punishment – the princess turns him into a parrot.
Disguised as a parrot, Syah Mardan flies to the country Dar al-Khiyam, where he finds himself at the palace of princess Siti Dewi, beautiful as a ‘red flower on a golden tray, lit with radiant sun-beams’. The princess is enraptured by the bird’s seven-hued plumage. She stretches out her hand towards the parrot, which at once perches on her palm, though previously it has evaded similar overtures from the princess’s maids. Siti Dewi orders a golden cage for the parrot and afterwards never lets it out of her sight. One night the bird assumes a human form and becomes the princess’s lover. The ruler of the country finds out that his daughter has been taken advantage of and, unable to find the guilty party, is about to kill the parrot in a fit of rage. However, as soon as he knows that the ‘parrot’ is in fact prince Syah Mardan, his wrath is assuaged and he gives his daughter in marriage to the prince. Syah Mardan does not stay with his wife for long, however, presently resuming his wanderings under the name of Indrajaya.